'Roommate Saya Sanggup Ikat Perut & Berhutang Sebab Nak Beli iPhone 6'


Saya ada seorang roommate ini. Bulan lepas dia ditipu oleh negro di laman Mudah.my gara-gara mahu membeli iPhone 6. Habis RM1,800 juga duitnya lesap. 

Dia menangis, saya berkata pada dia,

"Tak payahlah beli iPhone, handphone murah pun dah okay, boleh berfungsi,"

Tetapi dia membantah, tetap bertegas mahu iPhone 6. Dalam dua minggu juga dia menangis meratapi kejadian itu. 

TAK SERIK! 

Selepas itu, dia sekali lagi mahu membeli iPhone 6 di laman yang sama. Dia memberitahu penjual itu yang dia hanya mahu membayar deposit terlebih dahulu kerana dia takut ditipu lagi. Dia bayar RM400, tetapi selepas itu penjual terbabit terus block dia. 

Saya memang geram gila dengan penjual ini. Saya terus mesej lelaki itu, memang saya syak dia budak sekolah yang kerjanya nak scam orang. Ada ke patut kata nak pos barang jam 11 malam? Dia ingat orang Post Office dah tak ada kerja lain ke apa? 

Siapa-siapa yang kalau ada anak, adik, jiran ataupun kawan bernama Amierull Aiman bin Badrolsham, tolong beritahu saya. Budak sekolah saja pun tetapi sudah pandai nak menipu duit orang. 

Kawan saya ini bukannya kaya sangat. Mak dan ayahnya sudah tidak bekerja, duit pun berharap pada adik beradik. Tetapi nak juga iPhone 6 Gold pula. 

Saya pernah kata pada dia, beli sajalah iPhone 5S, lagipun orang sekarang dah jual RM900. Tetapi dia tetap tak nak, tetap nak juga iPhone 6 Gold. 

Saya ini bukannya apa, kasihan. Duit pun tak ada tetapi masih nak ikut trend budak-budak berada. 

SANGGUP BERHUTANG

Jumaat lepas, dia ajak saya makan di Nando's. Itu pun berhutang dengan saya. Yalah, saya malas nak kira benda itu sebagai hutang. Mak dan ayah saya pun tak bagi saya berkira bab makanan. Tetapi itulah, saya selalu mengingatkan dia agar 'ukur baju di badan sendiri'. Kalau kita tahu kita tak ada duit, jangan semua benda yang orang lain ada, kita pun nak juga. 

Kali ini, dia tidak lagi membeli handphone di laman Mudah. Dia pergi beli di kedai handphone. Saya berharap kedai handphone itu pun tidak menipu dia esok. Berhempas pula dia mencari duit untuk memiliki iPhone 6. Duit elaun penuh satu semester inilah yang dia gunakan untuk membeli iPhone. Lebih-lebihnya, dia hutang dengan abang dia sikit, pakwe dia sikit. Dia kata dia perlu kurangkan makan sem ini sebab dah tak ada duit elaun. Semuanya gara-gara iPhone. 

Saya kasihan ada, geram pun ada. Tolonglah kawan-kawan, jangan sampai tak makan gara-gara mahu nampak trendy. Ukurlah baju di badan sendiri. Jangan bahayakan diri semata-mata nak mengikut orang. Belilah sesuatu mengikut kemampuan, bukannya kemahuan. - Facebook | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.