'Salahkah Kami Terlanjur Cintakan Suami Anda?' - Orang Ketiga


Salam, saya ingin bertanya kepada semua. Kenapa bila isu orang ketiga timbul dalam perhubungan sesebuah pasangan itu, kenapa kebanyakan kalian emo dan menyalahkan orang ketiga? Ikutkan hati kami juga tidak mahu menjadi orang ketiga. Selalu minta perkara seperti dijauhkan dari suami orang. Tetapi takdir tuhan kita tak boleh menduga. 

Saya berkenalan dengan seorang lelaki. Kami bekerja di tempat yang sama. Sedap mata memandangnya, baik dan penyabar orangnya. Tetapi dia sudah mempunyai isteri dan sepasang anak. 

Walau bagaimanapun kami sudah menjalinkan hubungan hampir 3 tahun tanpa pengetahuan isterinya. Kami bermula sebagai teman biasa. Tetapi bila melihat sikapnya yang baik itu, saya jatuh cinta padanya tanpa disedari. 

Selama saya bersama dengan dia, saya tidak pernah langsung mendengar dia memburukkan isterinya seperti kebanyakkan lelaki. Malah dia sangat menyayangi keluarganya.

Saya mengakui bahawa saya mahu lebih dari hubungan seorang kekasih. Tetapi bila saya menyuarakan keinginan saya itu, dia meminta saya menunggu terlebih dahulu kerana ada banyak perkara yang dia perlu pertimbangkan. 

Mungkin isterinya tidak mahu bermadu, padahal saya tidak pernah meminta dia meninggalkan keluarganya. Saya hanya ingin menumpang kasih dan tidak pernah berniat langsung merosakkan rumah tangga orang.


Tetapi orang selalu memberikan gambaran bahawa orang ketiga ini sebagai perosak dan perampas. Mereka menganggap suami adalah hak mutlak mereka. Tetapi kami juga mempunyai perasaan. Salahkah kami hanya terlanjur cintakan suami anda? - KRT | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.