'Saya Perlu Kerah Awak Untuk Berlari Lebih Laju'


Gambar Usain Bolt, 29, berborak dengan seorang pencabarnya dari Kanada, Andre De Grasse, 21, dalam perlumbaan separuh akhir 200 meter, Olimpik Rio 2016, viral di media sosial. 

Mana tidaknya, ianya tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun. Pertandingan yang sepatutnya serius, dibuatnya menjadi santai itu mencetuskan pelbagai reaksi positif netizen. 

Menurut The Guardian 18 Ogos 2016, Usain Bolt dilihat sempat 'berborak' dengan De Grasse, kira-kira 10 meter menghampiri garisan penamat. 

Foto AFP

"Apa yang awak buat? Ini hanyalah semi-final (sudah layak ke final), tak perlu kerah tenaga lagi," kata Usain Bolt.

Bagaimanapun, De Grasse menjawab, "Saya perlu kerah awak untuk berlari lebih laju lagi,".

"Saya tak tahu apa yang dia cuba lakukan tetapi dia anak muda yang hebat," kata Usain Bolt selepas tamat perlumbaan tersebut.

Foto AFP

Hebat, boleh berborak sambil berlumba. Dari sudut iktibar, dalam hidup ini adakalanya kita memerlukan seseorang untuk mencabar diri kita untuk terus menjadi lebih baik dari sebelumnya.

No comments

Powered by Blogger.