'Saya Tolong Sesama Manusia, Saya Akan Bantu & Pimpin Tangan Mereka'


Kebelakangan ini, viral tentang seorang lelaki yang gemar menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Dari bantuan berbentuk barangan sehinggalah kewangan, dia tetap membantu mereka.

Bagaimanapun, ada segelintir individu yang tidak senang duduk dengan kerja-kerja amal yang dibuat oleh Kuan Chee Heng. Mereka mendakwa Chee Heng hanya mahu mencari publisiti murahan. Sehingga ada yang mendakwa mereka mempunyai bukti bahawa Chee Heng tidak ikhlas. Malangnya tiada bukti yang diberikan sehingga ke hari ini.

Kecewa dengan tuduhan yang tidak berasas itu, Chee Heng tampil memberikan penjelasan melalui laman Facebooknya hari ini. Semoga penjelasan ini dapat membuka mata golongan yang suka memfitnah beliau selama ini.

Saya keluar untuk membantu orang. Tetapi saya banyak menerima kritikan yang menyerang saya tanpa henti. Jadi, saya kongsikan cerita mengenai diri saya. 

Saya berasal dari keluarga susah yang tinggal di ladang getah Kampung Bukit Cermai, Batu Pahat. Ayah menghidap penyakit tibi, bekerja sebagai tukang emas selepas perniagaan kedai emasnya di Parit Sulong ditutup. Ibu bekerja sebagai penoreh getah dan seringkali dibuli oleh mandurnya. Dia gemar melemparkan kata-kata kesat terhadap ibu selain kerap menipu berat timbangan susu getah yang kami perolehi. Ibu dibayar dengan bayaran tidak setimpal dengan usaha mengikut sesuka hatinya. 

Makanan? Selalu tidak mencukupi. Bila balik dari sekolah, bertuah kalau ada makanan yang terhidang atas meja. Lauk ayam? Hanya dihidang jika ada majlis dan keraian. Kami tidak pernah membeli makanan dari gerai. Kami mengutip sisa sayu-sayuran yang dibuang di tepi gerai sayur selain dari membeli sayur-sayuran yang dikitar semula, dijual dengan harga 10 sen seikat. 

Kami jarang dapat pergi ke gerai sebab ayah dan ibu tidak berkemampuan. Kami jarang membeli daging (babi) tetapi bila kami pergi ke gerai daging, kami hanya diberi kulit dan telinga babi oleh peniaga daging yang baik hati. 

Adakalanya ayah terpaksa berhutang di sana sini. Paling teruk sekali ialah ibu di mana dia terpaksa berjalan jauh dan mencangkung menunggu lama dengan sabarnya beberapa jam. Pemilik kedai runcit bernama Zee Ba, sengaja membuat ibu menunggu lama sebab ibu tiada duit untuk membayar dan selalu berhutang dengannya, selain mempunyai niat untuk 'mengacau' ibu bilamana kedainya kurang dikunjungi pelanggan pada waktu lewat malam. Ibu terpaksa mencangkung dan menunggu dari senja sampai ke malam sambil menahan lapar dan gigitan nyamuk. Lebih hina lagi, ibu dan adik perempuan  pulang ke rumah dengan tangan kosong ditemani air mata serta perasaan kecewa dan lapar.  

Saudara mara pula menganggap kami seperti sampah. Kalau ada makanan, kami disuruh makan berdekatan dengan tandas. Betapa teruk dan maksimanya kami dibuli pada ketika itu. Tiada sesiapa yang mahu datang dekat pada kami kerana kami miskin. 

Tetapi ayah tak dan ibu tidak pernah berputus asa. Kami diajar untuk tabah mengharungi dugaan kehidupan seperti itu. Berkat dari Tuhan, kami mampu bersekolah dan terima kasih kepada guru-guru yang banyak membantu. Dari makanan, pakaian sekolah, beg sekolah, semuanya dibantu oleh mereka sehingga kami berjaya menamatkan persekolahan. 

Jadi hari ini, saya tidak akan membiarkan kanak-kanak dibuli hanya kerana mereka miskin. Saya tidak akan membiarkan ibu yang berputus asa tidak menghantar anak mereka ke sekolah. Saya takkan biarkan mereka dibuli seperti mana ibu bapa saya telah dibuli dahulu. Saya akan bantu dan pimpin tangan mereka. 

Kepada individu yang mengkritik saya kononnya mencari nama dan publisiti murahan, ingin saya tegaskan bahawa saya menolong sesama manusia, bukannya mengira bangsa seseorang yang ditolong itu. Saya membantu dengan menghapuskan kebimbangan, ketakutan, air mata dan kekecewaan mereka. Saya mahu mereka merdeka dari kemiskinan dan merdeka dari menjadi mangsa buli. Itulah matlamat saya dalam merdeka. Kemerdekaan yang sebenar, yang membawa senyuman. Dan bila kehidupan mereka stabil, maksud kemerdekaan yang sebenar akan meresap dalam jiwa mereka. 

Terima kasih ibu dan ayah, saya berjanji tiada ada lagi orang miskin atau malang dibuli lagi. Saya akan berdiri mempertahankan mereka. Rest in peace mom and dad. - Kuan Chee Heng | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.