'Semua Benda Dari A-Z Saya Kena Buat, Suami Goyang Kaki Saja'


Punca isteri yang bekerja hilang hormat kepada suami:
  1. Keperluan dapur, isteri beli
  2. Keperluan anak-anak, isteri beli
  3. Keperluan suami, isteri beli
  4. Kerja rumah, isteri buat seorang diri
  5. Sediakan makanan, isteri yang buat
  6. Pendek kata semua isteri yang buat
Sudahlah isteri juga yang keluarkan duit, apabila semua dah isteri yang buat, apa fungsi seorang suami?

Jangan ditanya kenapa wanita sekarang semakin hilang hormat kepada suami. Tetapi tanya pada diri, apa itu tanggungjawab seorang suami. 

Anda mahukan layanan yang terbaik, pastikan anda melakukan beberapa perkara ini:
  1. Pastikan nafkah isteri dihulur setiap bulan walaupun isteri bekerja
  2. Jangan sesekali berkira dengan isteri
  3. Jangan selalu minta duit dari isteri
  4. Ringan-ringankanlah tulang untuk menolong isteri menguruskan hal ehwal rumah tangga
  5. Jadilah ketua keluarga yang dihormati oleh isteri
Bukannya susah sangat nak tolong isteri buat kerja rumah. Basuh pakaian kotor, guna mesin, bukan guna tangan dan ambil air dari perigi. Basuh pinggan, ada sabun dan span di sinki, bukan pakai sabut kelapa. Gosok pakai, ada steam iron, bukannya taruk arang. 

Jika masih tidak berpuas hati, bawa-bawalah berbincang. Adakalanya bukan semua isteri hilang hormat tetapi beban yang ditanggung itu melebihi had. Mereka rasa penat dan tertekan. Carilah masa untuk keluar bersama, buat aktiviti luar untuk menghilangkan stress dan memperbaiki hubungan. InshaAllah hati akan menjadi lapang. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.