Suspek Bunuh Noor Amila Edrus Bakal Digantung Sampai Mati

Bengkel tempat suspek mengurung mangsa | Foto - Harian Metro

KUALA LUMPUR - Suspek yang juga ahli keluarga mangsa, Noor Amila Edrus Norsham yang ditemui mati dibunuh pada Khamis lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok, di atas dakwaan membunuh, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, suspek yang berumur 26 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabit bersalah. 

"Suspek merupakan warganegara Malaysia dan bekerja sebagai mekanik akan didakwa di Mahkamah Majistret esok," katanya. 

Noor Amila Edrus dilaporkan hilang di Jinjang Utara pada 11 Ogos lalu. Mayatnya ditemui dalam kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang, Khamis lalu. 

No comments

Powered by Blogger.