'Tak Sayang Nyawa Ke?'


GENTING HIGHLANDS - Tindakan berani mati tiga wanita yang dipercayai berusia lingkungan 20'an itu, dirakam dan tersebar di media sosial, cetus pelbagai reaksi netizen. 

Video yang dirakam dan dimuat naik oleh Giin Yong itu mendapat 10,022 perkongsian di Facebook. 

Kereta Perodua Alza dengan nombor pendaftaran WB3949T itu dipercayai dipandu oleh sekumpulan wanita warga asing. 


"Ketika dalam perjalanan naik ke Genting Highlands lewat tengah hari semalam, kami ternampak sekumpulan wanita muda melakukan perbuatan berbahaya ini. 

"Ianya tindakan bodoh dan berbahaya. Jika berlaku kemalangan, boleh menyebabkan kehilangan nyawa," kata Giin. 

Di media sosial, netizen berpandangan mungkin mereka tidak pernah merasai udara sejuk di negara mereka.  - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.