'Tergamak Hati Ibu...'


KUALA LUMPUR - Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di hadapan pintu rumah penduduk di tingkat 12 sebuah pangsapuri di Putra Suria Residence, Cheras, jam 2 petang kelmarin. 

Lapor Harian Metro, bayi perempuan itu hanya dibalut dengan baju sejuk berwarna hitam dan menangis ketika ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan kaki lima pangsapuri itu.

Bayi yang masih bertali pusat itu dan ditinggalkan bersama lampin pakai buang, tisu basah, botol susu, minyak angin dan susu tepung itu dipercayai sengaja ditinggalkan oleh ibunya yang juga menetap berhampiran pangsapuri tersebut.

Bayi itu kemudian diselamatkan oleh orang awam dan diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz. 

Mangsa dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan. 

Polis kini sedang giat melakukan pemeriksaan di klinik dan hospital berhampiran bagi mengesan ibu kepada bayi berkenaan. 

Lapor Sinar Harian, polis telah menahan seorang lelaki berumur 25 tahun pada jam 12.30 pagi, semalam. 

Ujian DNA akan dilakukan bagi mengenalpasti hubungan lelaki itu dengan bayi berkenaan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.