'Terima Kasih MB Ganu Kerana Tak Sudi Bantu' - Azizulhasni


KUALA LUMPUR - Baru saja memenangi pingat gangsa di Olimpik Rio 2016, pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang, memuat naik kenyataan terbuka untuk Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif, di laman Facebooknya. 

"Kepada Menteri Besar Terengganu, saya dan Fatehah masih ingin mengucapkan terima kasih walaupun MB tidak berkenan untuk membantu saya dan Fatehah, dua anak jati negeri Terengganu yang berjuang di peringkat Dunia dan Olimpik ini. 

"Terima kasih kerana tidak sudi membelikan sebuah basikal 'RoadBike' untuk kegunaan kami di dalam persiapan sukan Olimpik walaupun sudah dihantar proposal lebih kurang setahun sebelum Sukan Olimpik Rio. 

"Terima kasih juga kerana tidak memberikan feedback dan membisu apabila manager saya menghubungi Tuan Menteri Besar. Untuk pengetahuan, saya dan Fatehah atlet bertaraf dunia dan olimpik ini sentiasa terlepas pandang oleh MB. Mungkin ianya adalah kerana faktor yang kami berlatih di luar negara. Diharapkan MB dapat mengambil semua ini sebagai suatu yang positif dan diharap semua ini akan membuka mata MB dan orang-orang yang sepatutnya memainkan peranan," katanya. 


Statusnya Facebooknya itu menjadi viral di laman sosial. Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa mereka terhadap apa yang berlaku pada pelumba basikal negara itu. Namun tidak kurang juga mengucapkan tahniah kepadanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.