'Tolonglah Jangan Kacau Tunang Orang'


Saya perempuan walaupun nama Zack, tetapi itu bukan nama sebenar. Confession ini adalah isu yang agak sensitif juga. Kes ini terjadi pada rakan saya. Saya berkongsi sebagai iktibar bagi kita semua dengan keizinan tuan empunya badan. 

Kawan saya (perempuan dan kita namakan dia sebagai 'Y') bertunang dengan lelaki pilihan hatinya, 'X'. Mereka suka sama suka dan berkawan sejak kami berada di bangku sekolah Tahun 1. InshaAllah selepas konvo, mereka akan bernikah. 

Biasalah kita selalu dengar, orang bertunang banyak dugaan sebab syaitan nak batalkan hasrat terbinanya baitul muslim dan inilah yang berlaku pada Y. 

Ketika semua ini berlaku, mereka baru saja sebulan bertunang. Yang mengetahui pertunangan mereka ini hanyalah ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja. Mereka bedua ini sama padan sebab Y itu cantik dan X pula kacak. 

Yang bagusnya, mereka berdua ini jenis yang memang tidak melayan kalau ada orang yang cuba nak 'tackle'. Tetapi iyelah, tipu kalau tak kena duga kan? 

Jadi satu hari, Y ini moody dan mesej saya melalui WhatsApp. Dia kata dia rasa sedih dan sedih tetapi dia tak nak menceritakan apa punca kesedihannya. 

Saya pula tidak suka melihat Y dalam keadaan seperti itu, sedih keseorangan. Jadi saya pun ajak dia berjumpa semasa kami cuti. Masa jumpa makan-makan itu, saya tanya dia semula apakah benar dia mahu simpan masalah itu seorang diri? 

Akhirnya dia mengalah dan menceritakan bahawa ada seorang perempuan di tempat kerja X obses dengan lelaki yang bakal menjadi suaminya itu. Dia tahu pun sebab X dia terlampau stress asyik kena kacau dengan perempuan itu. Jadi X mengadu pada Y ini yang dia marah-marah pada Y kata stress tak tahu nak buat apa sebab perempuan itu di mana-mana asal boleh nak muncul. 

Y pula sudah lama perasan perempuan itu semacam saja sebab kalau X upload gambar walaupun gambar makan sekali pun, perempuan itu akan komen, gedik-gedik. 

"Nak ckit!" 
"Waa! Bolehlah awak belanja nanti"

Semua ayat yang boleh buat orang lain rasa curiga pada perempuan itu dengan tunang Y ini. Siapa tak geram beb?! Kalau saya pun, saya geram. Dah kenapa nak menggedik di semua tempat? Facebooklah, Instagramlah, habis semua tempat kalau ada peluang, dia akan comment. Sampai X block perempuan itu di Instagram sebab malas nak check comment. Takut-takut perempuan itu muncul dengan commentnya yang menggedik. 

Yang menjadi isunya, X itu bukannya tak cakap pada perempuan itu. Dia dah beritahu pada perempuan itu agar jangan contact kalau tak perlu sebab dia sudah bertunang. Di WhatsApp tak boleh nak block sebab mereka satu tempat kerja yang memerlukan mereka berurusan bila perlu. 

Perempuan itu sepatutnya sudah faham bila lelaki berkata begitu. Tetapi dia tak mahu berhenti juga. Dia siap cari Instagram Y dan request nak follow semua. Maigot! Tolonglah jangan kacau tunang orang. 

Y menjadi semakin stress bila ada sekali itu X moody sebab geng-geng lelaki di tempat kerja kenakan dia dengan perempuan itu. Padahal tunang dia kalau sepatah perempuan itu tanya, sepatahlah dia jawab sebab dia takut dengan perempuan itu juga. kalau dilayan, nanti makan obses pula. Yang time cerita ini, X pun ada sekali. Kami lepak bertiga, bincang apa yang perlu dibuat untuk menangani masalah ini. 

Dia serabut sebab geng-geng lelaki kaki menyakat dan suka kata, 

"XX tunggu kau tu, dari tadi dok usha meja kau kehkehkeh!"

Bayangkanlah, pagi-pagi datang kerja dengan ceria tiba-tiba ada orang melawak benda yang dah memang serabutkan kepala otak dia. Mana tak moodnya si X. 

Teruk jugalah masa ini, cadangan untuk discuss bertiga itu pun saya yang ajak mereka berdua sebab saya risau tengok mereka sampai macam nak putus tunang. Y moody dan sedih memikirkan perempuan obses itu sampai dia berkata,

"Tak apalah weh. Saya nak bagi sajalah perempuan itu menang. Agaknya saya ini tak cukup baik untuk X," 

Sampai macam itu sekali penangan perempuan obses itu. Berapi betul saya dibuatnya, rasa nak cakar-cakar saja muka perempuan ketiga itu. Tindakan dia juga membuatkan Y kadang-kadang stalk Facebook perempuan itu. Selepas itu, mulalah dia moody kata,

"Dia lebih cantik dari saya. Hari-hari dia tengok tunang saya, entah apalah dia fikir dan buat," 

Sedih saya tengok dia pada waktu ini. Dia penuh dengan kesedihan sepanjang peristiwa itu. 

Akhirnya saya nasihatkan Y, block saja perempuan itu di Facebook dan Instagram. Tak payah stalk dia lagi, fokus pada persediaan perkahwinan mereka sahaja. 

Kepada X saya nasihatkan, 

"Saya kenal awal macam mana, awak memang jenis tak melayan perempuan sangat. Teruskan saja dengan sifat tak payah layan perempuan itu. Kalau sampai ke tahap yang mendesakkan, tak perlu jawab soalan-soalan dia yang awak rasa dia saja nak tanya untuk mulakan perbualan. 

"Awak bagi dia silent treatment except for work purposes. Beritahu kepada rakan-rakan yang awak juga telah bertunang dan tidak suka cara guraan mereka yang keterlaluan itu."

Alhamdulillah cara itu berhasil juga akhirnya. Perempuan itu sudah berhenti menganggu mereka dan paling best dia ditukarkan ke bahagian lain. Jadi tiadalah dia berjumpa dengan X lagi. 

Akhir kata, orang perempuan tolonglah jangan buat perangai begini. Gedik awak itu simpan sajalah untuk bakal suami awak. Tak payah nak gedik-gedik dengan lelaki lain di tempat kerja, classmate ke, tak payah. Tak payah nak comment mengada-ngada, saja nak orang fitnah gosip tentang diri awak dengan lelaki itu. Kalau saja, awak memang ada masalah mental. 

Bila orang lelaki dah tak melayan, tak perlulah paksa atau kacau dia. Kalau dia kata dia tunang orang ke, suami orang ke, dah terang-teranglah dia beritahu semua itu sebab dia jelaskan bahawa jangan ganggu dia. Dia tidak berminat nak kenal lebih-lebih dengan awak.

Kawan saya ini kira beruntung, ada tunang yang hatinya teguh dan tak melayan. Dapat pada orang yang melayan, tak ke naya? Kasihan. 

Baik lelaki atau perempuan, jangan kacau tunang, suami/isteri orang lain di luar sana. Carilah pasangan sendiri. Melainkan pasangan mereka itu snediri yang tawarkan awak kahwin dengan suami dia, itu lain ceritalah. - Zack, IIUM Confession | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.