(Video) Badan Sihat, Tapi Meragut RM20,000


KAJANG - Seorang lelaki berusia lewat 20'an berjaya ditangkap oleh orang awam selepas meragut sejumlah besar wang mangsa yang baru dikeluarkan dari bank, lapor sumber. 

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, suspek bersama seorang lagi rakannya telah mengekori mangsa yang baru saja mengeluarkan wang sebanyak RM20,000 dari sebuah ban di Metro Point sehingga ke Kajang Perdana, sebelum meragut mangsa. 


Di atas bantuan orang ramai, salah seorang suspek berjaya ditangkap, manakala seorang lagi rakannya berjaya meloloskan diri. 

Suspek sebelum itu cuba menyembunyikan diri di dalam semak, namun gagal apabila orang ramai mula mengepung tempat persembunyiannya itu. Wang RM20,000 milik mangsa juga berjaya didapatkan semula. 

Beberapa orang awam cuba bertindak membelasah suspek, namun dihalang oleh beberapa individu yang menahannya dan menyerahkan suspek kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.