(Video) Kanak² Terselamat Dari Serangan Udara Di Syria


ALEPPO, SYRIA - Gambar seorang kanak-kanak terselamat dari runtuhan bangunan susulan serangan udara yang dipercayai didalangi oleh Rusia atau Presiden Syria, Bashar Assad, lapor Astro Awani

Omran Daqneesh, 5, antara mangsa yang diselamatkan dalam serangan tersebut, mengalami kecederaan, duduk seorang diri di kerusi dalam sebuah ambulan selepas diselamatkan.

Meskipun menyedari dahinya cedera dan berdarah, dia tidak menangis, malah duduk senyap dan membiarkan keadaan dirinya dirakam lensa wartawan. 

Rakaman video itu dipercayai dimuat naik oleh seorang doktor yang bertugas di kawasan bergolak itu.

Omran dan bersama dengan empat lagi kanak-kanak yang terselamat kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. 

Selepas menerima rawatan

Lapor CNN, 3 maut, 12 cedera dalam serangan yang berlaku di Aleppo pada Rabu.

Gambar Omran tersebar meluas di laman sosial, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.