(Video) 'Kurang Ajar Punya Customer'



KOTA KINABALU - Video rakaman CCTV seorang pelanggan wanita mengamuk di sebuah restoran popular tersebar di media sosial. 

Video yang dimuat naik oleh Echaa Memengg di laman Facebook berdurasi 1 minit 25 saat itu telah mendapat 11,656 perkongsian dan rata-rata netizen menyelar tindakan wanita berkenaan.

Berdasarkan video, wanita terbabit yang datang bersama suami dan dua anak kecilnya untuk makan di restoran tersebut. Namun hanya kerana salah faham kecil, menyebabkan wanita itu mengamuk dan mula melemparkan makanan ke arah pelayan wanita. 

Difahamkan, keluarga ini telah memesan makanan dengan seorang pelayan lelaki. Beberapa minit kemudian, makanan dan dua minuman dihantar ke meja mereka. Di kesempatan itu, pelanggan memesan minuman tambahan. 


Bagaimanapun, dalam keadaan restoran yang penuh dengan pelanggan, minuman tambahan tersebut lambat dihantar kepada keluarga tersebut. Apabila minuman tambahan itu dihantar kepada mereka oleh seorang pelayan perempuan, ibu kepada dua anak kecil itu meula mengamuk tak puas hati menyebabkan berlakunya insiden lempar makanan. 

Suami cuma menenangkan isterinya dan pelayan wanita itu. Namun keadaan bertambah buruk apabila isterinya enggan beralah dan terus menerus melempar makanan pada pelayan terbabit. 

Menurut sumber, mangsa telah dihantar hospital sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.