5 Buah Kereta Remuk Dihempap Palang Besi


BINTULU -  Beberapa rangka logam besar di tapak projek Agri Bintulu Fertilizer Sdn Bhd di Tanjung Kidurong yang masih dalam pembinaan, runtuh dibadai angin kencing ketika hujan lebat sekitar jam 3 petang semalam, lapor Borneo Post. 

Ketua Polis Daerah Bintulu, Supt Zailanni Amit ketika dihubungi berkata, tiang dan palang besi itu tumbang dan menghempap beberapa kenderaan yang diparkirkan di kawasan kejadian.







Gambar ehsan: Bintulu News

Pihak Bomba dan Penyelamat Bintulu bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dalam kejadian itu. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.