'Alahai, Tunjuk Kuat Tak Bertempat...'


KUALA LUMPUR - Tunjuk kuat tak bertempat, rupanya penakut juga. Itulah ayat yang sesuai digambarkan pada seorang lelaki muda yang bertindak secara melulu membelasah seorang peragut di hadapan beberapa anggota polis. 

Video rakaman orang awam berdurasi 3 minit itu menunjukkan seorang peragut berjaya ditahan dan diserahkan pada polis.

Meskipun sudah berada ditahan polis, seorang lelaki berbaju merah bertindak menampar peragut berkenaan menyebabkan dia juga diarahkan pergi ke balai. 

Tidak beberapa lama selepas itu, datang seorang lelaki muda berbaju putih entah dari mana menghampiri peragut lalu memukulnya bertubi-tubi disaksi oleh beberapa anggota polis. Tindakannya itu mengundang padah apabila polis mahu menahannya serta merta. 

Anggota polis terbabit turut meminta kad pengenalannya, namun lelaki itu enggan memberikan kerjasama serta merayu tidak mahu diheret ke balai.  

Bagaimanapun, lelaki itu akhirnya memberi kerjasama setelah dipujuk beberapa orang awam di tempat kejadian. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.