Bateri Galaxy Note 7 Meletup, Jualan Digantung


SEOUL - Baru saja dilancar 19 Ogos yang lalu, namun Samsung hari ini telah menggantung jualan Galaxy Note 7, berikutan bateri telefon model terbaru itu meletup. 

Presiden Mobile Business Samsung Electronics, Koh Dong-Jin berkata, pihaknya telah menawarkan telefon baru model berkenaan kepada mereka yang sudah membeli Note 7 sejak dilancarkan. 

"Kami sudah menerima beberapa laporan bateri Galaxy Note 7 meletup yang juga telah disahkan berpunca akibat masalah bateri,"  katanya. 

Sejak Galaxy Note 7 dilancarkan, lebih sejuta unit telah dijual di seluruh dunia. Dalam masa yang sama Samsung juga telah menerima 23 laporan mengenai masalah bateri model tersebut. 

Gambar yang menunjukkan Note 7 hangus terbakar dan cair yang dimuat naik oleh penggunanya mula tersebar di media sosial sejak sebulan yang lalu. 

Ekoran masalah bateri itu, Samsung terpaksa menangguhkan penghantaran Note 7 ke Eropah, termasuk Perancis, sekali gus menjejaskan jualan dalam negara. - AFP

No comments

Powered by Blogger.