'Bila Saya Nak Lepak Dengan Kawan², Saya Beritahu Isteri'

Foto hiasan | Google Images

Isteri saya, kadang-kadang pergi Gym. Saya izinkan. 

"Jangan tergesa-gesa nak balik. Jangan risau, abang akan beli makanan," saya tak mahu membebankan dia dengan memasak setiap hari. 

Isteri saya kadang-kadang pergi berjogging atau bershopping dengan kawan-kawannya. Saya izinkan. 

"Jangan tergesa-gesa nak balik. Ambil masa untuk diri sendiri." 

Kadangkala saya berikan duit. Shoppinglah apa saja yang dia mahukan. Kalau dia tak gunakan duit itu, duit itu menjadi milik dia. Saya tak akan minta dikembalikan. 

Isteri saya kadangkala nak tidur di rumah ibu bapanya, saya izinkan. Adakalanya sampai dua hari. Saya beri ruang dan masa untuk dia bersama keluarga.

"Jangan tergesa-gesa nak balik. Jangan risau, abang akan beli makanan sendiri," saya tidak mahu membebankan dia. 

Apabila saya nak melepak dengan kawan-kawan, saya akan memaklumkan kepada isteri dan dia memberi keizinan. Kalau saya melepak di sebelah malam, saya akan cuba untuk pulang awal. Kalau saya melepak sehingga ke waktu pagi, awal-awal petang saya dah beli makanan siap-siap dan cadangkan isteri tidur di rumah ibu bapanya. 

Saya minat motor. Apabila saya hendak menyertai konvoi, isteri saya akan bersiap untuk balik ke rumah mertua. Konvoi biasanya memakan masa dua tiga hari. 

Hidup ini penuh dengan toleransi. Kita perlu merancang agar semua orang hidup dengan senyuman. Setiap orang mempunyai minat masing-masing. Yang paling penting jangan mengabaikan. 

Anda bagaimana? Semua isteri tak beri sebab anda sendiri tidak memberi? - Hayat Muhamad | The Reporter

No comments

Powered by Blogger.