'Camni Ke Menu Makanan RMT?'

Foto - Malaysia Gazette
PASIR MAS - "PPD turun padang, lihat sendiri bagaimana makanan di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang disediakan untuk murid," pinta seorang guru di sebuah sekolah yang enggan namanya didedahkan, lapor Malaysia Gazette.

Beliau sedih melihat menu makanan pagi yang disediakan untuk murid miskin tegar seperti, nasi kosong dengan lauk sosej separuh. Meskipun harga disediakan oleh kerajaan hanya RM2.50 untuk seorang murid, adalah tidak wajar pihak yang diberikan tanggungjawab menyediakan menu seperti itu. 

"Pagi tadi, saya turun ke kantin sekolah. Terkejut melihat makanan yang dihidangkan atas meja tidak terusik. Lalu saya tanya beberapa murid yang ada di situ, mengapa tak makan makanan yang disediakan. Mereka jawab, tiada selera. 

"Kemudian saya mengambil makanan itu dan setelah melihatnya sendiri, barulah saya tahu mengapa murid-murid berkenaan hilang selera untuk makan," katanya. 

Berdasarkan pekeliling Kementerian Pendidikan bertarikh 19 Januari 2016, pelaksanaan program Rancangan Makanan Tambahan adalah bertujuan menyediakan makanan yang berkhasiat, yang mengandungi nutrisi seimbang kepada murid bagi membantu mereka memberi tumpuan pada pembelajaran dalam kelas. 

Pihak yang diberikan tanggungjawab perlu menyediakan menu makanan yang mematuhi senarai menu yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan. Jabatan Pendidikan Negeri dan Jawatankuasa RMT sekolah perlulah membuat pemantuan bagi memastikan semua peraturan dan prosedur kewangan dipatuhi.

Pengarah JPN Nafi Dakwaan Makanan RMT Daif

Susulan viral dakwaan guru terbabit yang disiarkan oleh portal Malaysia Gazette, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Datuk Ab Aziz Abdullah tampil menafikan dakwaan tersebut. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.