'Dah Bayar Tapi Kedai Tak Nak Bagi TV'


Aduan oleh A.N

Semalam, saya pergi ke sebuah kedai elektronik di Plaza Merdeka yang membuat jualan promosi sempena pembukaan mereka. Saya berhajat mahu membeli sebuah televisyen jenama Philips, saiz 40 inci. 

Sampai saja di sana, saya mendapati hanya tinggal dua unit sahaja. Lalu saya mengambil satu unit untuk dibeli. Kakitangan yang bertugas memasukkan nombor kad keahlian saya ke dalam senarai yang mana saya merupakan pembeli ke-20 bagi unit yang terakhir. 

Saya ke kaunter untuk membuat pembayaran. Namun terdengar beberapa kakitangan kedai tersebut berbuat bising di belakang yang mahukan televisyen yang sama. Saya abaikan saja dan tidak risau dengan perkara itu. Lagipun saya sedang membuat pembayaran. 

Setelah selesai membuat pembayaran dan resit di tangan (seperti dalam gambar), saya melihat beberapa kakitangan kedai tersebut mengangkut dua unit televisyen itu ke belakang. Saya pun mengikuti mereka kerana mahu mengambil televisyen yang telah saya beli. 

Tiba-tiba kakitangan terbabit berkata, 

"TV tak ada stok lagi. Habis tu!" katanya. 

"Jadi, saya bayar untuk apa tadi?"

"TV ini telah di-'reserved' oleh kakitangan kami sendiri," katanya. 

What?! Kedai ini buat promosi untuk kakitangan mereka sendiri yang beli ke? Bukan promosi untuk pelanggan ke? Sudahlah saya membuat pembayaran dan televisyen itu sepatutnya menjadi hak saya! Kalau betul mereka nak reserved sekali pun, simpanlah awal dan bayar. Mana boleh main reserved seperti ini. 

Mereka tak nak menyerahkan televisyen itu kepada saya dan menyuruh saya refund. Bangsat! Kepada sales manager kedai berkenaan, silalah turun padang pada waktu seperti ini. Lihatlah apa yang kakitangan anda telah lakukan.

Nama kedai dan pengadu dirahsiakan bagi kepentingan semua pihak. Harap maklum. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.