Dia Kata 'Terlanggar' Saja


Ingat lagi tak kes seorang perempuan berjalan berseorangan berhampiran Stesen KTM Bank Negara ditendang tanpa sebab oleh seorang lelaki yang tidak dikenali? 

Inilah dia pemilik penendang tersohor itu. Dia buat lagi dan kali ini terjadi di KTM Kuala Lumpur pula. 

Lelaki ini follow mangsa dari belakang dan tendang mangsanya. Apabila mangsa terjatuh, dia boleh lambai wei. Uii! Gembira sakan dia. 

Bila disoal siasat, dia kata terlanggar saja. Mudahnya alasan yang diberi mengikut sesedap rasa dia tanpa sebarang rasa bersalah. 

Kalau nampak si penendang keting lidi ini di mana-mana, cuba kasi penendang sedas dua pula pada dia, biar penuh akai. Biar dia rasa sedap tak sedap menyungkur di tengah jalan. 

Kalau mangsa yang diserangnya itu wanita yang mengandung, orang tua atau sewaktu dengannya, naya anak bini orang. 

Tolong berhati-hati dan peka terutamanya golongan wanita yang balik kerja naik KTM. Orang gila sekarang ramai. Tetapi segila-gila orang gila, gila lagi doktor yang melepaskan orang gila dari pusat orang gila dengan alasan dia tak gila. 

Semoga penendang lelaki ini tidak hinggap di anak-anak bini mereka. - Farra Zaki | The Reporter

No comments

Powered by Blogger.