Gadis 13 Tahun Dirogol kenalan WeChat


BATU PAHAT - Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menjadi mangsa kerakusan empat remaja lelaki berusia antara 14 hingga 15 tahun yang baru saja dikenalinya seminggu lalu, lapor Sinar Harian

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahid berkata, pada awal kejadian Khamis lalu, mangsa difahamkan telah meminta izin dari ibunya untuk keluar mengulangkaji bersama dengan rakan sekelas. 

Namun, mangsa sebenarnya telah berjanji dengan salah seorang suspek yang dikenalinya di aplikasi WeChat, untuk keluar makan bersama sebelum bertemu dengan tiga lagi suspek di hadapan sebuah restoran makanan segera di Ayer Hitam. 

"Mangsa telah dipaksa untuk mengikut suspek dan kemudiannya dibawa ke sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Manong. Salah seorang daripada suspek terus bertindak merogol mangsa.

"Namun ketika perbuatan itu berlaku, mereka telah diserbu oleh penduduk kampung. Suspek dan mangsa bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri daripada ditangkap," katanya. 

Mangsa yang ketakutan bersembunyi di belakang sebatang pokok sebelum ditemui oleh penduduk kampung yang kemudiannya menghubungi bapanya. 

Ekoran kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Ayer Hitam. Susulan laporan dibuat, polis telah berjaya menahan dua daripada empat suspek dan turut merampas dua buah motosikal yang ditinggalkan di tempat kejadian, manakala sebuah lagi motosikal berjaya dilarikan suspek. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjaran sehingga 20 tahun dan sebatan. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.