'Hang La Punca Tau Dak?!'


Siapa dah tonton filem Train To Busan? Memang tak membosankanlah! Mana tidaknya, hero semua mati (jarang berlaku). Kesemua hero mati disebabkan oleh watak lelaki ini, Yong-suk, lakonan Eui-sung Kim, yang banyak menjadi punca kepada segala masalah dalam filem tersebut. 

Kemarahan penonton itu terbawa-bawa sehingga seorang lelaki terpaksa meluahkan amarahnya itu di Facebook. 


Filem Train To Busan kini sedang trending di Malaysia. Filem ini mendapat rating 8/10 di laman iMDB sejak ditayangkan 20 Julai lalu di Korea Selatan. Selain itu, poster-poster filem ini juga pernah digunakan untuk menggambarkan situasi perkhidmatan tren di negara ini yang tergendala beberapa hari minggu lalu sehingga menyebabkan penumpangnya terpaksa berjalan kaki di landasan. 


Apa-apa pun, watak Sang Hwa, lakonan Dong-seok Ma, memang hebat! Sehebat beliau makan drumstick ayam dalam masa 2 saat. Hahaha! - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.