Isteri Cemburu Bila Anak Dikandung 9 Bulan Mirip Wajah Suami


"Eh? Anak awak mirip wajah ayah dia lah. Comelnya!" 

Okay, biasa dengar kata-kata seperti itu bila anda dan pasangan terserempak dengan saudara atau kawan-kawan. Sebagai ayah kepada si kecil itu, sudah tentu anda berbangga anak menerima pujian seperti itu.

Tetapi tahukah anda bahawa, ada ibu terdetik rasa cemburu di hati tatkala wajah si anak yang dikandungnya selama 9 bulan lebih menyamai ayahnya berbanding ibu. Percayalah. 

Para ayah tahu atau tidak bahawa anak-anak juga lebih cenderung mengikut perilaku ayahnya berbanding ibunya. Ini adalah hakikat. Rapatlah bagaimanapun dengan ibu, anak-anak tetap akan jadikan ayahnya sebagai contoh. 

Maka anda sebagai ayah perlu memperlihatkan, ajarkan dan mendedahkan teladan yang baik kepada anak-anak seperti:
  1. Nak beri duit pada isteri, beri di depan anak
  2. Puji masakan isteri di depan anak
  3. Bila isteri minta tolong kemas rumah, ajak anak turut serta sekali. 
  4. Tunjukkanlah perilaku yang baik di hadapan anak walaupun anda terpaksa berpura-pura.
Sorok dan elakkan, jangan sesekali membiarkan anak-anak melihat perilaku negatif anda. Anda mahu merokok, merokoklah di luar rumah. Jika mahu marahkan sesuatu, jangan bagi anak nampak anda marah. Soroklah selagi boleh disorok, tahanlah selagi boleh ditahan. LEpaskan yang negatif jauh daripada pengetahuan si anak. - Ibu Bapa Prihatin | The Reporter

No comments

Powered by Blogger.