Jangan Minta Duit Dari Mak Ayah Kalau Sudah Bekerja


Oleh Leonard Melepong

Tadi saya pergi Maybank, beratur di belakang seorang auntie ini. Dari belakang, saya intai dia keluarkan duit. Tengok, ada baki RM13. Dia nak keluarkan RM10 tetapi tak boleh sebab baki tidak insufficient balance. 

Ada orang menghubungi dia seperti menggesa dia bank in duit yang dipinta dengan segera. Nampak seperti ada kecemasan. 

Wajahnya sudah risau dan dia beratur di di Deposit Machine. Saya memerhatikan saja dari belakang. 

"Auntie, Auntie mau kasi itu wang sama siapa? Sama anak belajar ka?" soal saya. 

"Tidak, mau kasi sama anak kerja di Penang. Tak cukup wang mau makan," jawabnya. 

Sedih bila direnung. Auntie yang berusia lingkungan 60'an ini masih mengambil berat dan memberi anaknya makan. Dunia seperti sudah terbalik. Seorang ibu masih memberi anaknya makan meskipun anaknya sudah dewasa. 

"Auntie sudah makan? Tak apa, Auntie simpan ini wang. Saya belanja Auntie makan," kata saya padanya. 

Dia menangis bila saya berkata begitu. Saya pun sedih. Rupa-rupanya ramai lagi orang yang susah dari saya. Saya tidak sanggup melihat orang susah sebab saya pun pernah susah.

Sambil berborak-borak dengan Auntie, saya hulur business card saya pada dia.

"Tak apa Auntie, kalau ada apa-apa, boleh call saya. Ada business untuk dikongsikan. Saya pun tak mahu senang seorang-seorang," kata saya. 

"Okay, terima kasih ya adik," katanya. 

"Sama-sama Auntie!" balas saya. 

Ingatlah wahai anak-anak. Bila anak meminta duit dari ibu bapa, walaupun mereka tiada duit mereka tetap akan kata ada. Mungkin mereka pinjam dari jiran sebelah hanya kerana mahu memberi duit kepada anak. 

Ingat, kalau kita tidak mampu memberi mereka duit, jangan sesekali meminta wang dari mereka. Cukuplah mereka sudah membesarkan kita dengan ilmu agar kita boleh mencari duit sendiri. 

Ingat, ibu dan bapa tidak memerlukan duit anda sebenarnya. Mereka hanya perlukan perhatian anak. Balik dan jenguklah mereka di kampung, itu sudah memadai. Kalau sibuk mana sekali pun, hubungilah mereka. Sejuk hati mereka bila dapat mendengar khabar dan suara anda. Jangan nak duit, baru sibuk nak menghubungi mereka. 

Ingat, sibuk memanjang, site meeting sana sini, appointment bisnes siang malam, akhirnya duit pun tak pernah cukup. Tiba masa untuk anda balik rumah dan pandang muka mereka. 

Ingat, pandang muka mereka, rezeki mudah masuk. Amin! 

Kongsikanlah cerita ini agar semua orang baca cerita sebenar. Biar anak-anak faham keadaan ibu bapa mereka. Jangan susahkan mereka lagi. Mereka sudah tua.

Kita hidup tidak mengharapkan balasan berupa harta. Hanya doakan saya murah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik - Leonard Melepong | The Reporter

No comments

Powered by Blogger.