Jangan Mudah Kata Anak Orang Lain 'Kurang Ajar'

Foto Hiasan | Google Images

Baru-baru ini aku tengok-tengok, betul-betul di depan mata budak yang aku kena jaga main kaki dengan mak dia. Mak dia minta kunci kereta, dia boleb baling begitu saja. Adik dia main elok-elok, dia pergi sepak adiknya sampai berdarah hidung. Dia asyik main kaki saja. Melawan? Jangan cakap,Aku rasa macam nak sumbat saja cili api dalam mulut dia. Biar dia rasa pedas ternganga, baru ada akal agaknya.

Aku kena mengasuh budak-budak sini. Sudahlah empat orang, kalau seorang sudah bersikap kurang ajar seperti ini, habislah aku. Masa dia melawan mak dia, tangan aku rasa ringgan saja nak melempang. Selamat dia anak orang. Jadi, sepanjang dua hari pertama aku jaga mereka, aku langsung tak peduli sangat dengan si abang yang kurang ajar itu. Aku bagi makan, tidur semua cukup sudah. 

Dia sebenarnya memberontak dalam diam. Aku tahu tetapi aku tak nak tahu sebab apa? Bagi aku, bila dia kurang ajar dengan mak dia, itu sudah melebih. Dah sekolah menengah dah, tetapi aku lupa sekolah ke tak sekolah ke, manusia buat silap. 

Hari ketiga, aku mula perhatikan dia, nak tahu kenapa dia bersikap kurang ajar sangat. Di sekolah, aku tengok dia berkelaluan baik saja. Tetapi kenapa bila di rumah, dia buat perangai sangat? Nak kata dia dibuli di sekolah dan lepaskan rasa dendam di rumah tak juga. Seminggu aku mencari jawapan, tetapi tak jumpa. Takkan nak tanya ibu bapa  dia kenapa anak mereka ini teruk sangat? 

Selepas seminggu, aku berbual dengan makcik sebelah rumah. Aku ceritalah yang budak-budak lain okay tetapi si abang ini, susah nak jaga sikit.

"Makcik kesian dengan si abang tu. Dulu masa kecil, selalu saja disepak oleh ayah dia. Dia pernah kena sempak sampai terjatuh keluar kereta, berdarah muka dan kepala. Mak dia tak boleh buat apa, baran ayah dia teruk sangat. Sebut saja apa, semua dia dah kena. Paip air, tali pinggang, mug, iron, semua dah kena. Sampai pada adik-adik dia, baru si ayah dia okay. Dia saja yang asyik kena. Bila dah besar, dia begitu baru ayah dia susah hati. Tetapi nak buat macam mana? dia yang betukkan anak dia jadi seperti itu," kata makcik sebelah. 

Masa ini, aku mnyesal sangat-sangat panggil dia anak kurang ajar. Dia baru berumur 5 tahun semasa dia kena pukul ayahnya. Sampai dia darjah enam pun masih kena pukul. Bayangkan berapa lama dia menderita? Mental dia? Fizikal dia? Hati dia? 

Aku perhatikan lagi, cuba meletakkan diri aku berada di tempat dia. Dia sayang adik-adik dia, tapi cara dia marah dengan main kaki. Yang aku sedih tengok, dia cepat sangat naik angin. Tak kena sikit, habislah. Macam mana dia kena, macam itulah yang dia buat. Dia jenis pendendam. 

Kenapa dia jadi begitu? Tak boleh salahkan dia walaupun dia tahu bahawa apa yang dia buat itu salah. Dia membesar dengan keganasan sebelum dia kenal yang mana betul dan yang mana salah. Budak seperti ini, susah nak ubah sebab sifat itu sudah sebati dalam diri dia sejak dari kecil lagi. 

Masa ini, menyesallah, menangislah air mata darah sekali pun, ibubapa dia tetap tidak akan dapat bawa mengubah anak mereka itu. Tetapi dia masih dalam proses mendewasakan diri, mungkin sukar untuk mengubah dia tetapi dia boleh berubah. 

Kadang-kadang kita nampak anak orang kurang ajar, kita diam sudahlah. Kalau nak cakap sangat, cakap saja dalam hati. Kita tidak tahu apa yang terjadi, budak-budak takkan lahir terus jahat. Sudah tentu ada sesuatu yang menyebabkan dia jadi begitu. Kalau nak tegur, tegurlah dengan baik, jangan senang sangat nak sebut kurang ajar, tambahan pula kalau budak nak besar. Bila selalu sangat dengan perkataan itu, boleh jadi dia fikir dia betul-betul kurang ajar. Kalau semua orang berkata begitu, buat apa nak jadi baik? 

Jangan senang sangat bibir itu mengucap perkataan ini. Manalah tahu terjadi pada anak sendiri nanti. Sam-samalah beringat dan semoga semua anakk-anak ini diberi perlindungan selayakanya. - IIUM Confessions | The Reporter

No comments

Powered by Blogger.