Kasih Seorang Guru


Gambar seorang guru menyuap anak muridnya makan, membuatkan netizen terharu. Mana tidaknya, sudah puas golongan pendidik ini dipersalahkan atas pelbagai perkara dan diviralkan meluas di media sosial. Jarang pula kisah-kisah guru yang berdedikasi viral di media sosial. 

Gambar yang dimuat naik oleh Cikgu Fatty dan Mohd Fadli Salleh itu mencetus rasa terharu netizen melihat kebaikkan seorang guru sekolah rendah menyuap anak muridnya makan. 

"Peristiwa hari ini. Seorang guru tahun 6 sekolah saya sedang menyuap makanan untuk calon UPSR kerana murid ini patah pergelangan tangan kanannya. Murid ini boleh menulis kerana dia kidal, tetapi untuk menyuap makanan, dia terkial-kial," katanya. 

Betapa kasihnya guru itu terhadap anak muridnya sebagai anak sendiri. Rasa nak menangis melihat gambar ini. Bertuahnya dirimu wahai anak. Itulah cikgu, bebelan mereka berjela-jela panjang. Bukan benci tetapi sayang dan besar harapan mereka ingin melihat masa depan anak-anak muridnya bersinar," kata netizen. 

"Guru bukan sekadar pendidik, tetapi juga seorang ibu. Terima kasih cikgu, semoga syurga menjadi milikmu," kata netizen yang lain. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.