'Kenapa U Block I Dari FB Husband U? I Dengan Husband U Hanya Kawan Je...'


Saya dan suami telah berkahwin selama 15 tahun. Suatu hari, seorang wanita yang juga berstatus isteri orang telah add Facebook suami saya. Kononnya kawan lama satu sekolah. Suami saya approve permintaan perempuan itu untuk menjadi rakannya di Facebook. 

Selepas itu, perempuan itu terus menerus mesej suami saya dan mulalah bercerita tentang kisah-kisah mereka dahulu. Suami? Balas mesej perempuan itu. Saya hanya diam dan tersenyum. 

Keesokkannya, seawal jam 6 pagi, perempuan itu telah menghantar mesej pada suami saya lagi. Soalannya, dah makan ke, dah bangun ke, tengah buat apa bagai. Tetapi suami tak balas, perempuan itu pula tak berhenti-henti menghantar mesej. Bila saya add perempuan itu, tidak pula diapprove. 

Tanpa pengetahuan saya, rupa-rupanya suami telah unfriend perempuan itu. Namun, perempuan itu tetap add suami saya semula. Oleh kerana itu, suami saya mengambil tindakan untuk block terus. Sumpah demi Allah, bukan saya yang block Facebook perempuan itu. Saya hanya mengetahui perkara itu setelah diberitahu oleh perempuan itu sendiri. 


Ini adalah mesej perempuan itu kepada saya. Mohon baca dan nilaikanlah sendiri perangai wanita ini. - KRT | The Reporter

No comments

Powered by Blogger.