'Kenapalah Jahat Sangat Manusia Ni...'


KOTA BHARU - Mayat seorang bayi perempuan ditemui disumbat dalam beg plastik hitam yang mengandungi sampah dibuang dalam tong sampah di Pasir Tumboh, hari ini, lapor Harian Metro

Mayat bayi malang itu ditemui oleh empat pekerja penyelengaraan sampah swasta dalam keadaan cukup sifat dan masih bertali pusat, ketika  mahu memasukkan sampah dalam lori. 


Saksi kejadian, Amin Ridzuan Halim, 31, berkata, mayat bayi itu diletakkan dalam beg plastik merah bersama sisa sampah yang lain. 

"Ketika nak memasukkan sampah ke dalam lori, mayat bayi itu terjatuh dalam takungan sampah. Kami terus melaporkan perkara itu kepada polis," katanya. 

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu, mengesahkan penemuan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.