Kentang 'GMO' Di Pasaraya Malaysia?


1. Sekembalinya di Malaysia, Julai lalu, saya amat terkejut bila melihat produk-prduk berasaskan kentang dengan gahnya meletak jenama Simplot berada di ruang sejuk beku di pasar raya terkemuka.

2. Saya amat terkejut kerana saya baru selesai melakukan kajian kes bagi syarikat Simplot yang ketika itu sedang mengalami cabaran memasarkan kentang 'genetically modified' di USA. Tup-tup, produk mereka ada di Malaysia.

3. Setelah diselidik, rupanya FDA baru saja memberi kelulusan kepada Simplot untuk memasarkan kentang GMO (Genetically Modified Organisms) mereka yang mempunyai 'trait' tambahan iaitu tahan lebih lama, tidak cepat lebam dan rintang perosak. 

4. Sebagai pelajar ijazah Bioteknologi yang membuat projek genetic modification untuk projek tahun akhir, membuat kajian kes tentang Innate Potato keluaran Simplot semasa program Masters 'is like music to my ears'.

5. Banyak bantahan dan isu dibangkitkan umum di USA kerana rakyat mereka yang anti dengan produk GMO dan maklum tentang FDA yang sering dikaitkan dengan gangguan politik dan ketidaktelusan. Masakan tidak, pihak tertinggi FDA adalah bekas eksekutif tertinggi Monsanto. Siapa Monsanto? Google saja untuk tahu tentang dalang terbesar perosak alam dan manusia.

6. Monsanto juga dikaitkan dengan kes microephaly yang lebih digembar-gemburkan sebagai akibat jangkitan virus Zika. 

7. Beberapa states di USA, ada undang-undang label produk yang ketat. Jadi mereka mewajibkan label 'GMO product' di semua produk yang dipasarkan. Nak beli atau tidak, itu keputusan sendiri. Dna sendiri, masing-masing jaga. 


8. Setahu saya, Malaysia tiada undang-undang mewajibkan label produk mengandungi GMO. Maka memang banyak produk mengandungi GMO tersembunyi seperti corn syrup dari genetically modified corn (Monsanto pengeluar benihnya) yang berleluasa di pasaran. 

Makluman dari kawan peguam, basically udang-undang tentang GMO labelling sudah ada di Malaysia. S. 61 Biosafety Act 2007 tapi provision ini quite vague + lack of enforcement. 

9. Saya tidak tahu apa keputusan orang lain tetapi dengan pengetahuan ini, saya memutuskan untuk memboikot produk Simplot yang nyata keluarkan dan kentang GMO. Minta maaf prof pensyarah kajian kes Simplot saya yang akan marah dengan pendirian saya ini. Sorry that we have agree to disagree. 

Disclaimer: Yang pasti, Simplot memang ada produk transgenic bernama Innate Potatoes. Kalau potatoes Simplot di Malaysia tidak menggunakan Innate Potatoes dari Simplot, tolonglah isytiharkan.

Ini link berita kelulusan produk GMO Simplot - http://fortune.com/2016/01/14/genetically-modified-potatoes. 

No comments

Powered by Blogger.