Mayat Ditemui Dalam Sungai Selepas Hilang Seminggu


KAMPAR - Mayat seorang lelaki ditemui dalam Sungai Peria, dipercayai maut akibat kemalangan pada 27 Ogos lalu, lapor Harian Metro

Mangsa yang merupakan Orang Asli, Akong Husin, 62, ditemui bersama dengan motosikalnya Yamaha 135LC di dalam Sungai Peria oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, mangsa sebelum ini dilaporkan hilang pada Sabtu lalu. 


"Siasatan awal mendapati, mangsa yang dilaporkan hilang Sabtu lalu dipercayai mengalami kemalangan pada 27 Ogos jam 4 petang ketika mangsa menunggang dari Sungai Siput Selatan menghala ke Pos Dipang. 

"Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa hilang kawalan lalu melanggar tembok sebelum terjatuh ke dalam Sungai Peria," katanya. 

Akibat dari kemalangan itu, mangsa yang bekerja sebagai tukang rumah mengalami kecederaan dan meninggal dunia di tempat kejadian. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.