Pelajar Tingkatan 1 Dirogol 2 Pelajar Senior Dalam Stor


MELAKA - Dua pelajar senior telah melakukan serangan seksual terhadap seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun dalam kawasan sekolah di Jasin, lapor The Star.

Mangsa, pelajar tingkatan satu itu mendakwa dia telah diheret ke sebuah bilik stor oleh dua pelajar senior berkenaan pada jam 2.30 petang, Khamis. 

Sebaik saja berada dalam bilik itu, kedua-dua pelajar lelaki itu telah membuka pakaian mangsa sebelum merogolnya. 

Seorang kakitangan pentadbiran yang kebetulan berjalan berhampiran bilik itu terdengar jeritan mangsa, lalu bergegas ke bilik stor untuk memeriksa apa yang berlaku. 

Terkejut dengan kehadiran kakitangan itu, kedua-dua pelajar lelaki itu melarikan diri. Kakitangan lelaki itu kemudian membawa mangsa ke pejabat pengetua dan mangsa menceritakan apa yang berlaku terhadapnya. 

Difahamkan, salah seorang pelajar terbabit mengaku melakukan perbuatan itu ketika disoal pada hari berikutnya dan mendakwa mangsa telah memberi keizinan padanya untuk melakukan seks.

Satu laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Jasin, pada Khamis lalu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, polis telah menahan dua pelajar berusia 14 dan 15 bagi membantu siasatan. 

"Kami telah menghantar gadis itu untuk pemeriksaan kesihatan. Siasatan akan dijalankan kerana jenayah rogol bawah umur," katanya. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.