Pelajar Tingkatan 3 Diculik Di Depan Rumah


KUALA LUMPUR - Seorang pelajar tingkatan tiga SMK Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, dilarikan oleh dua lelaki yang menunggang motosikal di hadapan rumahnya di Jalan SUasana 4/2, Bandar Tun Hussein Onn, pagi tadi, lapor Berita Harian

Dalam kejadian pada jam 7 pagi itu, Nur Darleen Dazeera Azhar, 15, pada waktu itu sedang menunggu kehadiran van untuk menghantarnya ke sekolah. 

Menurut bapa saudara mangsa, Jalaluddin Md Zin berkata, kejadian itu disaksikan sendiri oleh pemandu van dan rakan-rakannya yang lain berada dalam kenderaan itu. Malangnya mereka tidak sempat berbuat apa-apa. 

"Dia sepatutnya menaiki van itu ke sekolah. Namun pagi tadi dia dilihat ditarik oleh dua orang lelaki bermotosikal dan dia duduk di tengah-tengah. 

"Pemandu van dan rakan-rakannya nampak dia seperti melambai ke arah mereka. Namun dimarahi oleh suspek kerana berbuat demikian.





Semalam, seorang pelajar perempuan tingkatan 5 di Seri Kembangan nyaris diculik oleh suspek yang telah mengekorinya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Mangsa yang berusia 17 tahun itu menjerit dan terpaksa bergelut dengan suspek sebelum dilepaskan. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.