'Saya Diugut Tembak Jika Tidak Serah Anak Kepada Bekas Isteri'


DAMANSARA - Seorang lelaki berumur 35 tahun diugut bunuh oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya adalah Pembantu Peribadi kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, semalam. 

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa, Mohd Adli Effendy Mohd Zaki, bekas wartawan TV3, diarahkan oleh peguam bekas isteri untuk menyerahkan anak perempuan mereka di Hentian Bas Sekolah Rendah Bandar Utama 4,. 

"Beberapa minit kemudian datang dua buah kereta jenis Vellfire berwarna hitam yang dinaiki lebih kurang 5 orang lelaki termasuk suami kepada bekas isteri saya. Seorang perempuan berumur lingkungan 30'an telah mengheret dan memaksa anak saya masuk ke dalam kereta. Anak saya telah meronta dan meraung meminta tolong. 


"Saya telah cuba menasihati mereka agar tidak menggunakan kekerasan terhadap anak saya tetapi saya terus dipukul bertubi-tubi," katanya dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Damansara, petang semalam. 

Jelas mangsa, selain dirinya cedera, isteri dan ibunya turut dikasari sehingga menyebabkan kecederaan teruk. Malah, barang-barang miliknya seperti telefon bimbit, cermin kereta miliknya turut dipecahkan. 

Menurut mangsa, salah seorang lelaki mendakwa dirinya sebagai pembantu peribadi kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri telah mengugut untuk menembaknya. 

"Salah seorang dari mereka yang mendakwa dirinya sebagai Pembantu Peribadi kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri telah mengugut untuk menembak saya dan isteri jika saya tidak menyerahkan anak saya kepada bekas isteri," katanya.

Antara kecederaan yang lain

Lokasi Kejadian




Facebook Mangsa

Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan kerana bimbang terhadap keselamatan mereka sekeluarga yang diancam dengan ugutan tersebut. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.