Selebriti Laman Sosial Ditangkap Melacur, Caj RM30,000 Semalam

Foto - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR - Seorang selebriti laman sosial diberkas bersama pelanggannya di sebuah suite hotel mewah di Damansara, kelmarin, lapor Utusan Malaysia

Wanita yang berusia 20-an itu ditahan bersama pelanggannya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan yang sudah beristeri, pada jam 10 pagi oleh pihak berkuasa hasil maklumat orang awam. 

Pasangan itu kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa agama untuk tindakan lanjut. 

Lapor Utusan Malaysia, wanita tersebut dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan kerabat diraja, terlibat dengan kegiatan tidak bermoral sejak tahun lalu dan menyasarkan pelanggannya yang terdiri daripada golongan VVIP. 

Wanita itu juga menggenakan bayaran sehingga RM30,000 semalam pada pelanggannya. 

"Wanita ini begitu licik dan pandai menyembunyikan kegiatan tidak bermoral itu di sebalik perniagaannya yang terletak di Lembah Klang," kata sumber kepada Utusan Malaysia

Sementara itu cakap-cakap di sebuah laman forum popular pula mendakwa, wanita yang dimaksudkan adalah seorang instafamous berdasarkan beg dan rambut individu berkenaan sama dengan ciri-ciri wanita yang disiarkan dalam gambar berita tersebut. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.