(Video) 'Suka-Suka Kau Main Baling!'


KUALA LUMPUR - Video tindakan seorang lelaki berusia pertengahan memarahi seorang kanak-kanak berusia empat tahun kerana membaling buah mangga sehingga mengenai keretanya tersebar di media sosial, cetus pelbagai reaksi netizen. 

Video yang dimuat naik oleh WhatsApp's Videos itu telah mendapat 11,000 perkongsian dan ditonton sebanyak 505,247 kali. 

Berdasarkan rakaman video tersebut, lelaki berkenaan berang kerana ini merupakan kejadian kali ketiga di mana keretanya dibaling dengan objek tumpul di kawasan perumahan itu. 

Difahamkan, kanak-kanak terbabit dikatakan tidak sengaja membaling buah mangga tersebut sehingga terkena kereta lelaki itu.  

Ibu kanak-kanak itu meminta maaf di atas tindakan anaknya itu dan mahu membayar ganti rugi jika ada kerosakkan. Tetapi kerana terlalu marah, lelaki itu berterusan memarahi kanak-kanak terbabit termasuk menegur si ibu agar menjaga anaknya untuk tidak berbuat demikian di masa akan datang.

"Anak saya secara tak sengaja baling putik mangga ke kereta lelaki ini. Saya cuba berlembut minta maaf dan akan bayar ganti rugi jika ada kerosakkan tetapi dia tetap dengan cara dia seperti orang hilang akal, datang menyerang anak saya dan saya," katanya.

Si ibu mendakwa, lelaki itu cuba merampas telefon di tangan anaknya setelah menyedari tindakannya itu dirakam.

"Dia maki hamun kami anak beranak dan hampir masuk ke dalam rumah, rampas telefon untuk delete video yang dirakam oleh anak saya. Dia juga mengugut saya agar tidak membuat laporan polis," katanya. 

Sementara itu, netizen memberikan pelbagai reaksi berhubung kejadian itu.

"Memang ada point pakcik itu cakap. Balin 2 3 kali. Bukan tak sengaja tu. Cuma yang tak kenanya, pakcik itu baran sangat. Mungkin boleh lebih berdiplomasi. Niat dia mungkin nak beritahu dan tegur tetapi bila marah sudah menguasi diri, beginilah. 

"Tetapi kita sebagai ibu bapa kena selalu tengok anak-anak. Kadang-kadang budak ingat perkara-perkara seperti itu suka-suka buat gurauan. Kesan buruk mereka belum boleh fikir. Budak-budak hari ini memang adventures. Once anak kita buat benda tak baik itu memang salah. Melentur buluh dari rebungnya. Cuma anak kakak ini tersalah gurau dengan pakcik ini. Berlapang dadalah, walau pahit, terima hakikat anak buat salah." kata Nur Alia Nur

"Bagi saya, memang salah budak itu. Mak bapa sekarang ini kalau anak mereka buat salah, memang cover baik punya. Itu pasal budak-budak sekarang semakin naik kepala. Apa yang pakcik itu cakap, betul. Ajar anak-anak tu sikit. Nak beranak sampai 10 pun tak mengapa tetapi ajar anak-anak itu jangan sampai terbiar dan tiada sibik. 

"Kalau tak dididik, dia lagi kurang ajar. Kalau kena pada kereta sesiapa pun, mesti pemiliknya akan marah. Memang tak kemik, pecah, cuba kalau kemik dan pecah betul-betul? Baru nak heboh satu kampung? Itulah masyarakat kita sekarang. Sikap tak jadi, tak apa, bila sudah jadi baru nak ternganga? Inilah masyarakat Malaysia, yang betul disalahkan, yang salah dibiarkan. Buta ke apa?" kata Ralph Edge.

"Kalau saya dulu, di depan pakcik ini juga ayah akan pukul dengan batang paip getah sebab memalukan mak ayah macam tak reti ajar anak," kata Puan Sri Hanim.

"Sesiapa yang backup budak itu sangat, mohon selepas ini suruhlah budak itu duduk di tepi jalan. Bolehlah baling batu pada kereta mereka sebab mereka okay, bertoleransi tinggi. Baling sampai pecah cermin kereta pun boleh berbincang sambil ketawa berdekah-dekah. Gasak koranglah, dah kena nanti jangan pula meroyan," kata Molly Yana. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.