Sultan Selangor Selamat Bernikah Dengan Norashikin


SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selamat diijabkabulkan dengan Norashikin Abdul Rahman, kelmarin, lapor Harian Metro. 

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, baginda telah selamat diijabkabulkan dengan Norashikin, 45, oleh Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid. 

"Majlis pernikahan ini diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang secara sederhana dan ringkas atas titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku," katanya. 

Norashikini berasal dari Kuala Lumpur, anak bongsu daripada tiga beradik dan bekerja sebagai pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM).

No comments

Powered by Blogger.