(Video) 'Dah Jumpa!'


KUALA LUMPUR - Seorang pelajar perempuan SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 yang dilaporkan diculik pagi tadi telah ditemui selamat. 

Nur Darleen Dazeera Azhar, ditemui pada jam 2.30 petang tadi oleh orang awam, Juliana Jefri, yang menemuinya berjalan bersendirian berhampiran pasar raya Aeon Big, kira-kira tiga kilometer dari rumahnya, lapor Berita Harian

"Dalam masa perjalanan balik ke rumah, saya ternampak dia jalan berseorangan. Saya tak pasti itu adalah dia, tetapi disebabkan dalam kereta ada kawan-kawan dia, mereka memaklumkan bahawa itu adalah Darleen. 

"Jadi saya pun pusing untuk mengambilnya di tepi jalan. Dia dalam keadaan terkejut namun bila ternampak kawan-kawannya dalam kereta, saya menjemputnya naik dan menghantarnya pulang ke rumah keluarganya.

"Dia dalam keadaan sedar, menangis dan ketakutan pada ketika itu. Saya sangat bersyukur dia ditemui," katanya. 

Berdasarkan video dari Berita Harian itu, mangsa memaklumkan bahawa dua suspek terbabit telah melepaskannya. Apabila ditanya sama ada dua suspek itu ada mengapa-apakannya, dalam keadaan menangis mangsa memberitahu sesuatu pada wanita yang dipeluknya. Kemudian disambut dengan tangisan. 

Orang ramai khususnya ibu bapa, dinasihatkan agar berhati-hati dan sentiasa memastikan anak-anak selamat pergi atau pulang dari sekolah. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.