(Video) 'Kau Dah Tumbuk Muka Laki Aku! Kau Tunggu!'


MELAKA - Gara-gara tidak berpuas hati dipotong kereta lain, seorang lelaki bertindak di luar jangkaan apabila dia secara tiba-tiba menumbuk muka mangsa sebaik berjaya menghimpit kereta mangsa. 

NorFarahain Minhat, memuat naik gambar dan video lelaki berkenaan yang masih enggan berundur biarpun sudah dihalang oleh seorang wanita yang dipercayai isterinya. 


"Kami nak memotong, kemudian dia menghimpit kereta kami. Dia marah sebab kami memotong dia lalu dia mengekori kami dari Cheng sehingga ke Bachang sebelum dihimpit. 

"Dia suruh kami keluar dari kereta. Sebaik saja suami saya keluar, lelaki itu terus menumbuk mukanya. 

"Salah ke kami memotong? Apa hak dia nak pukul orang? Samseng betul. Bila saya cakap saya rakam video kejadian itu, dia masih lagi mahu menerkam kami," kata Norfarahain. 

Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis.

"Maaf, ini adik saya dan yang ditumbuk adalah adik ipar saya. Video tiada menunjukkan adik ipar ditumbuk dan tak sempat rekod sebab keadaan berlaku sangat-sangat pantas. Pakcik ini naik angin setelah nampak adik saya rekod apa yang dia buat. Dia siap mengugut mahu merampas telefonnya. Saya tak cakap yang adik saya betul, laporan polis juga telah dibuat. Kes sedang berjalan.

"Pakcik ini memandu sambil masuk ke lorong kanan. Setelah diberi isyarat untuk ke kanan, kereta ini tak mahu beri laluan. Kemudian, adik ipar mengambil peluang untuk memotong dari kiri. Bila potong menggunakan lorong kiri (di sini memang kesalahan adik), pakcik ini cuba menghimpit ke kiri juga. Tetapi adik ipar sempat memotong dan meneruskan perjalanan seperti biasa.

"Pakcik ini kemudian mengekori mereka dari Cheng hingga ke Kampung 8. Adik mula perasan bila di Kampung 8, pakcik itu beri signal dan block laluan. Adik kata, mungkin salah mereka dan mahu turun untuk meminta maaf. Tetapi pakcik itu terus menumbuk adik ipar dan maki hamun mereka.

"Persoalannya, perlu ke? Tengok kereta dan keadaan dalam kereta tak ada apa-apa pun. Apa-apa pun, adik dan adik ipar masih ada rasa hormat pada pakcik itu walaupun pakcik itu berulang kali mahu menerkam adik saya. Adik ipar langsung tak balas sebab kami masih tahu hormat orang yang lebih tua dan ada undang-undang.

"Dalam video yang dimuat naik ini adalah situasai di mana pakcik itu menyedari adik saya merakam video dan dia mengugut mahu merampas telefon adik saya," kata Marliana Minhat.  - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.