(Video) Lori Dipandu Laju & Gagal Patuhi Arahan Perlahankan Kenderaan


BAGAN SERAI - Susulan kejadian seorang murid lelaki berusia 10 tahun yang maut di langgar di hadapan sekolahnya pagi tadi, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) didedahkan. 

Berdasarkan rakaman CCTV yang dipasang di hadapan Sekolah Kebangsaan Teluk Medan itu, mangsa, Mohammad Haikal Helme, yang dihantar oleh ibunya di seberang jalan berdepan dengan sekolah tersebut, dilihat cuba melintas jalan bersama beberapa murid yang lain.

Pengawal lalu lintas sekolah berkenaan juga dilihat mengarahkan kenderaan yang melalui jalan tersebut memperlahankan kenderaan bagi memberi laluan kepada murid-murid sekolah melintas jalan. 

Bagaimanapun, pemandu lori terbabit yang membawa muatan ayam tidak memberhentikan kenderaan. Mangsa yang sudah berada di tengah jalan cuba melarikan diri dari dirempuh namun terlambat untuk berbuat demikian. 


Menurut Mask Mark yang memuat naik video berkenaan di laman Facebook juga turut mendakwa, pemandu lori terbabit tidak memberhentikan kenderaan walaupun lampu isyarat menyala merah. 


Akibat rempuhan itu, mangsa maut serta merta di tempat kejadian. 


Difahamkan, jenazah Mohammad Haikal Helme telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Tinggi selepas solat Zohor tengah hari tadi. - The Reporter

Artikel berkaitan: Anak Maut Dirempuh & Digilis Lori Di Depan Ibu

No comments

Powered by Blogger.