(Video) Malang Tak Berbau


KUWAIT - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 5-7 tahun patah tangan, bengkak mata kanan dan cedera di beberapa bahagian badannya selepas terjatuh dari gelongsor tiub (inflatable slide). 

Mangsa sebelum itu dilihat melompat-lompat keriangan sebelum mengelongsor ke bawah. Namun tindakannya itu membawa padah apabila mangsa melantun ke bahagian luar dan terjatuh dari aras yang agak tinggi. 

Wanita yang merakam video berkenaan, dipercayai ibunya, segera berlari mendapatkan mangsa. 


Di akhir video yang viral sejak semalam itu menunjukkan menangis di dalam kereta sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan segera. 

Justeru, individu yang memuat naik video berkenaan menasihatkan agar ibu bapa di luar sana jangan beri anak-anak bermain permainan ini kerana ia tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.