(Video) Netizen Sayu Tonton Video Anak Enggan Berpisah Dengan Ibu Selepas Dapat Perintah Mahkamah


Allahuakbar, sayu melihat seorang anak yang memeluk ibunya erat seperti enggan melepaskannya setelah mahkamah memerintahkan hak penjagaan jatuh kepada si bapa. 

Video yang dimuat naik oleh Sheila Nikki itu telah viral dan ditonton 337,000 kali, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 


Berdasarkan video 2 minit 48 saat itu, jelas sekali menunjukkan kanak-kanak lelaki berkenaan berada dalam keadaan stress. Malah, kanak-kanak itu menolak apabila bapanya cuba memujuk dan mengambilnya secara paksa. 

Enggan melihat anaknya dipaksa dan diperlakukan seperti itu, si ibu bangun dan mendapatkan anaknya. Tatkala si ibu merapati bekas suaminya itu, kanak-kanak itu segera memeluk ibunya. Namun bekas suami tetap tegas menarik semula anak itu sehingga si ibu dan anak itu terjatuh ke lantai. 

Sekali lagi bekas suami cuba mengambil anaknya, namun kanak-kanak itu menolak tangan bapanya berkali-kali dan berkata, 

"I don't want."

Inilah perkara yang kita tak gemar lihat apatah lagi merasa. Apabila berlaku perceraian, anak-anak pasti akan menjadi mangsa.

Walau bagaimanapun, tidak adil jika netizen terus menghukum si bapa. Sudah tentu mahkamah mempunyai alasannya tersendiri mengapa hak penjagaan diberikan kepada si bapa. Tambahan, kita hanya melihat video sebahagian sahaja, namun cerita keseluruhan hanya mereka yang terlibat saja mengetahuinya.

Oleh itu, sayangi dan hargailah hubungan anda dan anak-anak anda. Jangan digadaikan hubungan yang tidak ternilai harganya. Semoga kanak-kanak itu dijaga dengan baik oleh bapanya. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.