(Video) 'Seronok Kau Belasah Anak Orang Ye?'


KUALA LUMPUR - Video seorang pelajar membelasah rakan sekelasnya sambil disaksikan oleh rakan yang lain tersebar di media sosial sejak malam tadi.

Berdasarkan bahasa yang digunakan dalam video tersebut, kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah sekolah agama di Sabah. Namun, motif kejadian itu tidak diketahui.

Mangsa dibelasah bertubi-tubi, dicekak, ditampar dan dihentam dengan kerusi tanpa sebarang belas kasihan, Mangsa merayu agar lelaki itu berhenti membelasahnya, namun tidak diendahkan. 


Rakan-rakan sekelas yang lain cuba menghentikan tindakan pelajar lelaki itu dari terus memukul mangsa, namun mereka pula dimarahi dan diberi amaran agar jangan masuk campur. 

Susulan itu, netizen meminta pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pelajar lelaki itu yang dilihat berkelakuan seperti samseng/gengster. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.