Virus Zika: 'Tak Perlu Rancang Kehamilan' - Pakar


KUALA LUMPUR - Kaum wanita di negara ini tidak perlu panik dan merancang kehamilan berikutan kes pertama wanita berusia 58 tahun dari Klang, dijangkiti virus Zika, lapor akhbar Kosmo!. 

Menurut Pakar Kesihatan Seksual dan Reproduktif, Dr. Mohd Ismail Mohd. Tambi, kes tersebut masih baru dan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan serta kajian.

"Bagi saya, cadangan agar wanita merancang kehamilan tidak perlu dilakukan buat masa ini kerana penularan virus Zika di sini masih baharu. Sebelum ini virus H1N1 juga telah membuatkan rakyat kita panik, namun semua itu hilang kerana pasukan kesihatan kita mampu menanganinya," katanya kepada Kosmo! semalam. 

29 Ogos lalu, Doktor Mohd Syamirulah Rahim secara peribadinya menasihatkan pasangan-pasangan di Malaysia menangguhkan hasrat untuk mendapatkan zuriat atau guna kaedah perancang kehamilan buat sementara waktu.

Sementara itu, sebuah akhbar tempatan berbahasa inggeris melaporkan bahawa alat pencegah kehamilan seperti kondom dan seumpamanya akan naik harga berikutan kes virus Zika mula dikesan di negara ini. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.