Warga KL Sokong Kadar Parkir Naik, Berjaya Kutip RM1 Juta Sebulan - Datuk Bandar


KUALA LUMPUR - Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima oleh pihaknya, ramai orang awam menyokong kenaikan kadar parkir baharu di Kuala Lumpur yang mula dikuatkuasakan sejak bulan lalu, lapor Free Malaysia Today

"Banyak orang awam yang menyokong kenaikan kadar parkir baharu ini. Tetapi ada pemberita yang tidak sokong. Mungkin dia di sebelah sana (pembangkang), saya tidak tahu," katanya. 

Penguatkuasaan kadar parkir baharu itu juga telah menyelesaikan masalah 'double parking' di Bangsar dan Taman Tun Dr Ismail (TTDI), orang ramai berpeluang meletakkan kereta di kawasan itu.

"Dulu 'double parking', sekarang sudah ada ruang untuk orang parking. Penduduk di Bangsar dan TTDI suka dengan tindakan DBKL," katanya pada sidang media di TTDI hari ini. 

Dalam masa yang sama juga, DBKL telah berjaya mengaut keuntungan sehingga RM1 juta sebulan, hasil dari tindakan menaikkan kadar parkir itu. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.