#10+ Berita Baik Dalam Bajet 2017 Untuk Rakyat Marhaen


1. Ingin saya tegaskan, jangan percaya gembar-gembur bahawa kadar GST akan dinaikkan. Itu cuma cakap-cakap kosong dan tidak benar sama sekali. 

2. Sebagai menghargai khidmat bakti dan jasa penjawat awam, sukacitanya saya mengumumkan cuti belajar dengan gaji penuh + biasiswa, diberi juga kepada Kumpulan Pelaksana. 

3. Pemberian Cuti Kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuarantin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak lima hari. 

4. Kemudahan pembiayaan untuk beli komputer diperluaskan meliputi pembelian smartphone. Had pinjaman sehingga RM5,000 setiap tiga tahun. 

5. Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000. 

6. Kelayakan pinjaman perumahan dinaikkan daripada serendah-rendah RM120,000 kepada RM200,000, pinjaman paling tinggi daripada RM600,000 kepada RM750,000. 

7. Pegawai Contract of Service dan Contract for Service yang akan ditamatkan penghujung tahun ini, Kerajaan akan lanjutkan sekurang-kurang setahun lagi. 

8. Kerajaan akan memperuntukkan RM1.3 bilion untuk subsidi harga padi, benih padi dan baja padi termasuk padi bukit.

9. Kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM200 sebulan bagi 3 bulan pada November, Disember dan Januari yang akan memanfaatkan 440,000 pekebun kecil dan penoreh getah. 

10. BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan daripada RM1,050 dan RM1,000 kepada RM1,200.

11. BR1M kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 akan dinaikkan daripada RM800 kepada RM900. 

12. Bagi individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000, BR1M akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM450. 

13. Skim Khairat Kematian diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah dan warga emas dengan peruntukkan RM6.8 bilion.

14. Bagi membantu golongan B40 khususnya penerima BR1M jana pendapatan tambahan, Kerajaan galakkan penyertaan sebagai pemandu ride-sharing seperti Uber. Pendapatan boleh mencecah RM1,500 sebulan jika memandu separuh masa, 10-40 jam seminggu dan RM4,300 jika melebihi 40 jam seminggu. Jika tidak memiliki kenderaan, bayaran pendahuluan boleh dibuat menggunakan BR1M dan rebat RM4,000 bagi pembelian Proton Iriz.

15. Untuk mengalakkan golongan muda membuat pelaburan jangka panjang, Kerajaan telah memperkenalkan Skim Persaraan Swasta atau PRS. RM165 juta untuk cadang naik insentif sedia ada RM500 kepada RM1,000 one off kepada pencarum PRS dengan pelaburan minimum RM1,000 untuk tempoh dua tahun.

16. Bermula Januari 2017, fixed line broadband ditawar dengan kelajuan lebih tinggi pada harga sama. Pelanggan 5mb/s pada RM149 kini dapat 10mb/s. Dalam tempoh dua tahun bagi pakej ini, kelajuan akan ditingkatkan dua kali ganda dengan penurunan harga sehingga 50%. Double the speed at half the price.

17. Kerajaan akan lancarkan inisiatif supaya perkhidmatan jalur lebar di universiti awam ditingkatkan kepada maksimum 100 gigabit sesaat. 

18. SKMM akan menyediakan RM1 bilion supaya liputan dan kualiti jalur lebar di seluruh negara mencapai 20 megabit sesaat. 

19. Bagi membantu ibu bapa menampung kos perbelanjaan persekolahan anak-anak, Kerajaan akan meneruskan program:
  • Pemberian Bantuan Persekolahan RM100 kepada setiap pelajar daripada keluarga berpendapatan sehingga RM3,000, memanfaatkan 3.5 juta murid. 
  • RM1.1 bilion bagi Bantuan Makanan Asrama untuk 365 ribu murid.
  • RM300 juta bagi Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia kepada murid sekolah rendah
  • RM1.1 bilion merangkumi Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan, Bantuan Buku Teks dan Bantuan Geran per kapita. 
  • Geran sepadan disediakan kepada pelajar Tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i. 
  • Menyediakan elaun bulanan murid berkeperluan khas sebanyak RM150 kepada 67 murid serta menggantikan bas bagi 21 sekolah berpendidikan khas. 
  • RM600 juta diperuntukkan kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah. 
20. Baucar buku akan digantikan dengan kad debit pelajar RM250, boleh beli buku, alat tulis, alatan komputer dan akses internet yang akan memanfaatkan 1.3 juta pelajar.

21. Bagi usaha menggalakkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik, insentif berikut akan diberikan:
  • Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
  • Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran. 
  • Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan. 
Insentif ini berkuatkuasa pada besok hari 22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017. 

22. Pelepasan cukai baru sehingga RM1,000 bagi pembelian peralatan penyusuan ibu. Pelepasan setiap dua tahun sekali mulai tahun taksiran 2017.

23. Pelepasan cukai sehingga RM1,000 diberi kepada pembayar cukai individu yang menghantar anak berusia 6 tahun ke bawah ke taman asuhan dan pra-sekolah berdaftar mulai 2017.

24. Sebagai penghargaan atas khidmat terpuji para penjawat awam, sukacita saya mengumumkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam, manakala RM250 kepada para pesara Kerajaan. Bayaran ini akan diberi pada awal Januari 2017.

No comments

Powered by Blogger.