'Alhamdulillah, Allah Rezekikan Saya Merasa BMW' - Usahawan Muda Ini Kongsikan Cara Makbulkan Angan² Anda

Pastinya setiap orang pernah berangan-angan atau mempunyai impian masing-masing seperti mahu memiliki kereta idaman, rumah besar, simpanan harta yang banyak dan sebagainya. Namun setakat hari ini, sudah tercapaikah apa yang anda inginkan? 

Kata orang, kalau dah setiap hari mulut dan menyebut nak sesuatu benda itu dengan kerap, suatu hari kelak ia akan pasti menjadi milik anda. Sudah tentunya dengan ia memerlukan usaha untuk mendapatkannya, bukan menunggu benda itu jatuh dari langit.

Seperti usahawan muda ini juga, pernah berangan mahu memiliki kereta mewah. Dari kemahuannya itu, bukan sahaja kereta yang diperolehi, tetapi juga mampu membeli rumah untuk ibu bapanya. 



Dulu saya selalu berangan nak ada kereta BMW dan saya selalu tengok gambar kereta BMW di internet. Tak tahu kenapa, tetapi saya minat BMW. Yelah, minat orang lain-lain, tetapi saya tak tahu mengapa BMW menawan hati saya. 

Sifu-sifu saya selalu berpesan, kalau nak cepat berjaya pernah ada satu matlamat. Matlamat yang jelas, bukan matlamat yang tidak jelas. Jadi saya take noted benda ini. Sebab apa? Sebab saya pergi ke mana-mana seminar pun, mesti speaker itu akan kata, benda yang paling penting adalah 'matlamat'. 

Matlamat pertama saya dulu, saya mahu membeli rumah untuk diri saya. Alhamdulillah, saya capai matlamat itu lebih awal daripada tarikh yang saya tetapkan. Seawal usia 18 tahun, saya beli sebuah rumah flat untuk saya. Di pertengahan 2016, di umur saya 19 tahun, saya beli sebuah lagi rumah idaman mak dan ayah. 

Beberapa bulan yang lalu, saya tetapkan pada diri saya, my next goal is nak beli kereta BMW. Dan Alhamdulillah, Allah rezekikan saya untuk merasa BMW bulan ini. 

Matlamat + Usaha + Doa

Jadi saya nak kongsi satu perkara yang sangat penting tetapi selalu dipandang remeh, iaitu matlamat. InshaAllah bila kita 'goals', kita akan bekerja lebih keras untuk mencapai goals kita itu. Rezeki Allah itu maha luas. Kita minta pada yang Maha memberi, inshaAllah dengan usaha penat lelah kita itu, kita akan dapat apa yang kita hajati. - Ameerul Afiq | The Reporter

No comments

Powered by Blogger.