Awie & Sharifah Selamat Bernikah


KUALA LUMPUR - Vokalis Wing, Awie atau nama sebenar, Ahmad Azhar Othman, 48, selamat bergelar suami kepada Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, dengan sekali lafaz pada jam 12.10 tengah hari tadi.

Awie dan Sharifah Ladyana bernikah di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan, hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja, lapor mStar Online.

Majlis resepsi mereka akan diadakan pada sebelah malam Jumaat di lokasi yang sama.

Jelas Awie, lokasi pernikahannya terpaksa dirahsiakan kerana bimbang jika ada pihak yang akan melakukan sabotaj terhadap majlis pernikahannya itu. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.