Bayi Dilahirkan Dengan Lidah Saiz Orang Dewasa

Gambar, Carters News Agency

SELATAN DAKOTA, AMERIKA SYARIKAT - Seorang bayi perempuan yang  dilahirkan dengan saiz lidah orang dewasanya berikutan masalah genetik terpencil, akhirnya mampu tersenyum selepas menjalani pembedahan membuang sebahagian lidahnya itu. 

Paisley Morrison-Johnson, mempunyai lidah yang besar menyebabkan dia terpaksa diberi bantuan pernafasan pada minggu pertama selepas dilahirkan bagi mengelakkan bayi itu tercekik. 


Paisley yang dilahirkan dengan Beckwith Diedemann Syndrome (BWS) - adalah gangguan terhadap peertumbuhan yang jarang berlaku, membabitkan satu dalam setiap 14,000 kelahiran di seluruh dunia. 

Ia menyebabkan lidah Paisley tumbuh dua kali ganda dari saiz mulutnya, yang mana mendatangkan kesukaran padanya untuk menyusu.  Ekoran itu, Paisley terpaksa diberikan susu menggunakan tiub yang ditebuk di perutnya sehingga usia 6 bulan. 



Ibubapanya, Madison Kienow, 21 dan Shannon Morrison-Johnson, 23, bersetuju untuk melakukan pembedahan bagi membuang sebahagian (2 inci) lidah bayi mereka. Namun, lidah Paisley masih terus membesar sehingga terkeluar dari mulutnya. 

Enam bulan yang lalu, Paisley telah menjalani pembedahan membuang lebih dari enam inci otot lidahnya. Paisley yang kini berusia 16 bulan sudah mula bermain dengan bunyi dan mampu tersenyum buat kali pertama. 


Ibubapanya mengakui, keadaan bayi mereka seringkali membuatkan orang lain berasa terkejut dan bercakap  mengenainya. 

"Mereka akan tanya kenapa anak saya nampak lain, kenapa lidah dia besar," katanya Madison. 


Doktor berharap, lidah Paisley tidak akan terus membesar dan melalui pembedahan membuang sebahagian lidahnya. Bagaimanapun, Paisley akan terus dipantau dengan menjalani ujian darah dan ultrasound sehingga usia 8 tahun.

Hampir 90% kanak-kanak yang mengidap BWS mengalami kesukaran untuk bernafas, makan dan bercakap. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman www.howbigbws.com. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.