'Berhentilah Ibu Bapa, Ini Semua Malapetaka' - Teguran Buat Ibu Bapa Yang Hantar Anak Ke Tuisyen Seawal 4 Tahun

  • Sesetengah ibu bapa malu kalau tak ikut trend semasa.
  • Bersaing mahu menunjuk anak siapa yang lebih hebat.
  • Tanpa sedar, ibu bapa dera emosi dan mental anak-anak.
  • Penulis minta ibu bapa yang lakukan perkara seperti ini berhenti segera



Pagi ini saya mendengar sebuah stesen radio yang membincangkan isu kelas tambahan atau tuisyen untuk kanak-kanak seawal empat tahun. Seperti biasa, ramai ibu bapa yang membuat panggilan berkongsikan pendapat dan rata-ratanya bersetuju bahawa kanak-kanak perlukan tuisyen.

Malulah kalau anak saya tak pergi tuisyen, kawan-kawan saya semua hantar anak mereka pergi tuisyen. Tuisyen kan sekarang trend, kita kena follow trend. Daripada membazir masa di di rumah, eloklah hantar anak ke kelas tambahan.

Pemilik pusat tuisyen pun siap called in.

Bagus hantar anak ke pusat tuisyen, sekurang-kurangnya anak-anak tidak terkejut bila masuk ke pendidikan formal. Senang lulus ujian Linus. Masuk kelas first.

Pemikiran ibu bapa di Malaysia hari ini amat menakutkan. Mereka berlumba-lumba bersaing untuk menayangkan anak siapa paling cepat pandai. Untuk apa ya? 

Dan kebanyakkannya adalah ibu bapa di kalangan golongan yang agak berada dan berpendapatan tinggi. Tetapi malangnya keberadaan dan kemewahan yang dikecap gagal ditancap sebaiknya untuk membuat mereka ckana mengenai kepentingan dan keperluan anak-anak yang betul-betul diperlukan. 

Alhamdulillah, sejak dari dulu rakyat Malaysia sedar mengenai isu penderaan fizikal. Mendera dan merotan akan memberi impak yang berpanjangan kepada perkembangan anak-anak yang berterusan. 

Tetapi kita terlupa, selain fizikal, kanak-kanak juga terdera emosi dan mentalnya. Percayalah, penderaan mental dan emosi adalah lebih teruk dari penderaan fizikal. Fizikal kita boleh nampak luaran, mental dan emosi kita tak boleh nampak. 

Kita marah ibu bapa yang dera anak secara fizikal tetapi kita terlupa pandang diri sendiri. 

Dan minggu ini, pelajar seawal usia 11 tahun membunuh diri akibat kegagalan beliau di dalam peperiksaan. Sebuah sistem yang membentuk intelektual kanak-kanak tetapi gagal membentuk akhlaq dan sahsiah. Didorong oleh ibu bapa yang jumud jiwanya. 

Bila kita nak sedar? Takkan nak berhenti bila di dada akhbar terpampang "Pelajar Tadika Bunuh Diri Dan Membunuh Rakan Lain Kerana Gagal Membaca ABC dan Membuat Kiraan Muda 1+1?" 

Berhentilah ibu bapa, semua ini salah. Kita semua salah. Ini semua malapetaka. Berhentilah. - Hazhari Ismail | The Reporter

No comments

Powered by Blogger.