Brek Mengejut, Anak Jatuh Tersembam Di Lantai Kereta


KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki cedera di bahagian dahi selepas jatuh tersembam dalam kereta selepas ibunya brek secara mengejut, semalam. 

Dalam kejadian jam 3 petang itu, Rozie Othman yang sedang memandu keretanya  bersama dengan dua anak kembarnya terpaksa membrek secara mengejut berikutan kereta di hadapannya yang berhenti secara tiba-tiba. 

Insiden itu menyebabkan salah seorang anak kembarnya, Ariff Iskandar, jatuh tersembam ke lantai kereta dan menyebabkan luka di bahagian dahi. Manakala Aryan, yang pada ketika itu berdiri di tempat duduk penumpang hadapan, tidak mengalami sebarang kecederaan.

"My twin, kasihan dia. Kereta di depan tiba-tiba brek, saya pun brek mengejut dan menyebabkan anak saya jatuh tersembam di lantai kereta," katanya.

Bimbang melihat hidung dan dahi mangsa yang penuh dengan darah, Rozie segera membawa anaknya pergi mendapatkan rawatan. 

Mangsa menerima satu jahitan dan difahamkan tidak mengalami kecederaan lain yang serius.

"Semalam saya, anak kembar dan bibik, saja kelaur nak ambil angin petang. Bawa anak-anak pusing kampung. Tiba-tiba kereta depan saya brek mengejut dan saya pun terpaksalah brek. 


"Ariff Iskandar yang berdiri di belakang bersama bibik pada ketika itu jatuh tanpa sempat ditahan oleh bibik yang juga pada ketika itu sedang memegang big cup dan melayan anak yang seorang lagi.

"Ariff menangis sekejap sahaja dan dapat satu jahitan. Alhamdulillah semuanya selamat," kata Rozie.

Ibu bapa dinasihatkan tidak meletakkan anak kecil di tempat duduk penumpang hadapan tanpa menggunakan tempat duduk khas bagi kanak-anak, bagi tujuan keselamatan mereka. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.